CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 7, 2009

~Selamat Hari Ibu~

Entry khas saya tujukan buat ibu yg tersayang dengan ucapan SELAMAT HARI IBU.

Ohhh bukan hari ini sahaja hari ibu..tapi setiap hari bagi saya adalah hari ibu kerana saya amat menyayangi ibu saya.


Inilah ibu saya.Saya panggil dia mek.Umonya dah 62 tahun.sekarang nie dia ada di kg..tinggal keseorangan selepas arwah aboh meninggal 15 tahun yg lalu.Kalau nk cerita tentang dia..rasenya tak tercerita oleh saya di sini..mek saya nie tegas orgnya.dan sangat bekeng pada kami adik beradik..terutamanya kalu hal2 agama..hal2 sekolah.Tapi sekarang bila dah tua dan kami semua dah besar pjg semakin kurang menyerlah kebekengan mek.hehehe..Mek setakat nie,Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yg baik wlaupun kdg2 dia sakit lutut..dan ada juga darah tinggi sikit2.tapi xla terok sgat..kerana sepanjang ingatan saya..mek saya nie seorg yg amat menjaga kesihatan dia.x mkn manis..x mkn lemak2..puasa sunat x penah tinggal 2x seminggu.dan..walaupun mek saya nie nmpak semcm jer..tp kalau bercerita pasal pengetahuan.mcm2 dia tahu..dan pastinya kita x sangka.baik hal2 semasa..hal2 artis pun mek saya tahu..dah berapa kali kwn2 saya dan kwn abg2 saya terkejut dgn pengetahuan am mek.


Dulu..mase saya zaman muda remaja.Kalau mek berleter pasal mcm2 benda yg saya buat..rase mcm nk lari dr rumah je.memberontak betol ya..ye la..kenapa mek saya garang sgt..kenapa dia x sporting mcm mak org lain.tp bila dah dewasa nie.Saya rase..aduh berguna betol leteran mek tu.Dan hingga kini..nasihat dan tunjuk ajarnya x pernah putus buat saya..

Dan sekarang..bila saya sudah berkahwin,saya jadi bertambah2 syg dan rindu saya pada mek di kg nun.Masih teringat lagi dua bulan lepas selepas usai akad nikahnya,dan pengantin perempuan (saya la tuh!) kena baca apa ntah tu..penyerahan tanggungjwb.teresak2 saya menangis dan menyebabkan tetamu di masjid pada hari pernikahan saya.semuanya menangis kesyahduan..

Bertambah lagi sejak adik bongsu saya sambung belajar kt perlis.mek tinggal keseorgan kt kg.dan tak dapat saya bayangkan kesunyian dia di rumah.Tapi mek tak pernah merungut tentang itu.Cuma..rasa bersalah kami adik beradik pada mek..tak terkata rasanya.Yer la..mek mempunyai anak 7 org,tp xde sapa pun yg dpt teman hari2 tua yg dia lalui di kg keseorangan.kami adik beradik semuanya tinggal d kl..d penang.



Kami selalu mengajak mek tinggal bersama kami.tp,dah org tua.paling lama dia dtg pun sebulan.Kemudian balik kg...katanya nk tengok itu ini.Nak kata mek saya ni bela ayam,itik...tak pula.Tapi katanya sayang tinggal rumah x berpenghuni.Mek..mek...Apapun,sebagai anak.saya selalui mendoakan kesihatan mek yg berpanjangan.



dan saya juga ada seorg lagi ibu.Nie mak mentua saya..yg kami panggil mak.walaupun saya baru sj menjadi menantunya.Tapi mak melayan saya dengan baik sekali.Mungkin saya menantu yg baik kot.hahahha..dan bagi saya,dia juga sama seperti ibu2 yg lain.sentiasa berkorban demi ank2 dan sanggup bersusah payah utk ank2nya.



Inilah wanita yg bergelar mek dan mak dalam hidup saya.Saya amat mereka sepenuh hati saya.Semoga Tuhan sentiasa merahmati kedua dua wanita ini..


**tq farah@mommyotai


0 comments: