CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 17, 2009

~cuppy@kak ana~

Order kedua saya untuk bulan nie.100pcs cuppy choc & vanilla flavour.Order dari kak ana IPK Selangor.Antara user pertama saya kenal semasa mula bekerja tahun 2006.Kerja2 cuppy nie saya buat pada waktu malam selepas maghrib..tue pun berselang sambil tengok tv.hehehe.tapi mixer baru saya (tq to budak2 junior exec!) nie bunyinya amatlah kuat walaupun amik mase sekejap je nk bagi kembang semangkuk bahan2 tue.berbanding mixer lama saya yg sedang bercuti lagi...dan kerja2 deco saya buat pada esok paginya..

ohh ya..saya ni bukanlah terror sgat baking2 nie dan juga kerja2 mendeco.tapi..kerja2 nie kdg2 jadi terapi diri bagi saya dan juga sebagai side income pada ujung2 minggu.dari saya dok melangut tengok tv or zzz..zzz.. baiklah rasenya ada kerja sampingan.hehehe..doakan saya agar murah rezeki dan suatu hari nanti dapat bukak MRSJADDO CAKE AND PASTRY.
Insya Allah.

campuran gula dan telor


setelah campur choc powder dan tepung..dan bagainya

in half cup

buttercream toping & yellow rose

100 pcs in 2 boxes

yellow & pink & purple roses

also yellow roses in circle ;)

pink roses in circle too

finish my work!


Nak cuba?Nie resepinya..
Bahan:
2 biji telur1
1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1/2 cawan chocolate powder
1 1/2 tsp saoda bicarbonate
1 tsp baking powder
1 1/2 cawan susu cair
1 tsp coffee emulco/nescafe instan
1/2 tsp vanillacara:
Cara
1 Pkol telur sampai kembang, masukkan gula, mixer sampai sebati, masukkan minyak masak, mixer lagi sampai sebati.
2 ayak tepung gandum campur dgn chocolate powder+soda bicarbonate+baking powder.
3 masukkan coffee emulco ke dalam susu cair dan kacau sampai sebati
4 masukkan tepung dan susu cair dan kacau sampai sebati
5 pastikan adunan telah dikacau sebati. tuang ke dalam acuan dan bakar dgn suhu 160C selama 1 jam
6 utk cupcakes cukup masukkan 1/2 shj ke dlm paper cup dan bakar dgn suhu 150C selama 10-15 minit.
Buttercream utk sapu cake/cupcakesbahan:
300 creamwell
75 gram buttercup
150 gm gula icing ayak halus (atau secukup rasa)
8 sudu pekat manis
flavor secukupnya(1 tsp)
cara:
campur semua bahan dan pukul sampai kembang dan halus, last masukkan flavour

0 comments: